• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singgah ‘Kilang Bateri’, Masyarakat JB Teruja

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Masyarakat setempat di sini tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan bergambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program mesra bertemu rakyat di Kilang Bateri di sini, malam ini.

Perdana Menteri, yang diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad tiba pada jam 9.40 malam.

Najib kemudian mengadakan lawatan dan bertemu pengunjung serta peniaga di pusat perniagaan 100 peratus milik Bumiputera itu.

Beliau dalam ucapan ringkasnya, berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Khazanah Nasional Bhd untuk memberi bantuan khas berbentuk geran kepada peniaga kecil dan peniaga muda.

“Esok saya akan mengumumkan secara terperinci bantuan bagi membantu usahawan muda dalam bentuk geran melalui Khazanah Nasional.

“Bantuan ini kelak diharap dapat membantu usahawan muda untuk terus maju dan berjaya,” katanya.

Najib berkata Kilang Bateri adalah hasil inovatif anak muda yang berupaya melahirkan pusat perniagaan kreatif sehingga diiktiraf sebagai nadi Johor Bahru.

“Saya amat berbangga dengan usaha yang diambil sekumpulan anak muda ini,” katanya.

Perdana Menteri, yang berada di bandar raya ini untuk lawatan kerja dua hari itu meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan lebih 500 pengunjung di situ.

Kilang Bateri, yang dahulunya cukup sinonim dengan penghasilan bateri jenama ‘Eveready’, tetapi kini ia berubah wajah menjadi tempat bersantai serta menjamu selera popular di bandar raya ini.

Kilang Bateri, yang merangkumi kira-kira 184 gerai makanan, minuman, pakaian, pusat kecantikan dan kedai buku, menjadi antara destinasi popular di sini. – BERNAMA

Tags: JohorNajib Tun RazakPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd