• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Bebaskan Pengarah Agensi Kerajaan Di Labuan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan selepas direman selama 11 hari bagi membantu siasatan berhubung projek pembangunan.

Satu sumber SPRM memberitahu Bernama, siasatan terhadap medan selera Labuan bernilai RM12 juta yang dibina di Tanjung Purun serta projek pembinaan dan infrastruktur bernilai RM48 juta di Labuan, masih diteruskan.

Pengarah berusia 59 tahun itu ditahan pada 21 Nov lalu, bersama-sama dua kontraktor berumur 40-an. Kontraktor terbabit dilepaskan pada 25 Nov manakala pengarah itu dilanjutkan reman pada 29 Nov.

“Siasatan kami diteruskan walaupun pengarah itu dibebaskan. Kami boleh memanggilnya sekiranya kami rasa ada keperluan untuk berbuat demikian,” kata sumber itu.

SPRM membekukan 12 akaun bank milik pengarah itu yang mengandungi wang berjumlah RM899,000 dipercayai sebahagian daripada jutaan wang yang diperoleh melalui aktiviti rasuah.

Suruhanjaya itu menyenaraikan 26 orang, termasuk enam kakitangan kerajaan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd