• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sasar Kutipan GST RM38 Bilion Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah RM38 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

“Sehingga Nov, kira-kira RM37 bilion telah berjaya dikutip dan sasaran kutipan RM38 bilion pada tahun ini dijangka akan dicapai memandangkan perlaksanaan sistem GST kini dilihat semakin stabil dan ia dijangka stabil sepenuhnya dalam jangka masa lebih kurang tiga ke empat tahun akan datang.

“Dari segi pematuhan perlaksanaan GST di negara ini, kita telah mencapai tahap 97 peratus penyampaian borang kutipan GST oleh peniaga dan ia jelas menunjukkan wujud kesedaran dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Kolaborasi Agensi Penguatkuasaan di sini, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau juga berkata Kastam mengunjurkan peningkatan antara 10 hingga 13 peratus jumlah kutipan GST pada 2017.

Beliau berkata JKDM akan memberi fokus terhadap isu pematuhan penyampaian penyata GST dalam aspek kualiti sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem percukaian itu pada tahun hadapan dan bagi memastikan sasaran kutipan GST berkenaan dapat dicapai.

Seminar bertemakan ‘Memacu Keberhasilan Perkhidmatan Awam melalui Kecemerlangan Kepimpinan, Pemodenan Organisasi dan Kerjasama antara Agensi Pelaksana’ itu merupakan platform bagi pelbagai agensi penguatkuasa mengenal pasti ruang serta peluang mentransformasikan kerjasama di bawah NBOS kepada kerjasama multilateral secara holistik.

Dalam perkembangan lain, Khazali berkata negara dijangka akan kehilangan antara RM1 bilion hingga RM1.3 bilion setahun disebabkan ketirisan kutipan cukai rokok, minuman keras dan kenderaaan di pulau bebas cukai di negara ini termasuk di Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Tioman di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata namun ia dijangka dapat diatasi melalui penstrukturan semula jualan bagi rokok dan minuman keras serta kawalan ke atas pengecualian cukai kenderaan yang dibawa masuk di tiga pulau berkenaan bermula 1 Nov lepas.

“Penduduk dan pelancong tempatan serta pelancong luar negeri masih boleh menikmati bebas cukai untuk ketiga-tiga barang ini tetapi cara kita mengendalikan kita ubah supaya kita benar-benar tahu berapa banyak sebenarnya pembelian rokok dan minuman keras di pulau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd