• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anne Ngasri Tak Idam Jawatan Politik

oleh Ahmad Albab
18/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagai wakil rakyat sebaliknya hanya mahu melakukan aktiviti kebajikan membantu golongan Melayu.

image

Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 30, berkata, tugas sebagai seorang wakil rakyat bukan perkara ringan sebaliknya ia adalah satu amanah besar dan berat yang memerlukan persediaan mantap dalam menjadi suara kepada masyarakat.

“Biarpun saya aktif dalam Umno tetapi buat masa ini tidaklah sampai ingin menjadi wakil rakyat kerana ia tanggungjawab yang besar dan saya belum mampu memikul amanah tersebut.

“Biarlah saya hanya sekadar dibelakang tabir melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu bangsa saya dengan ikhlas dan sepenuh hati,” katanya kepada mStar Online.

Anne menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak tahun lalu manakala suaminya, Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.

Dalam pada itu, Anne berkata, biarpun dia kini dilihat semakin menyepi daripada lakonan namun dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang tersebut.

Bagaimanapun Anne mengakui, tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini agak kurang selain dia lebih selektif memandangkan perlu memberi perhatian kepada empat cahaya matanya yang sedang membesar.

“Saya tidak pernah bersara daripada lakonan cuma kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak menjadi penyebab saya kurang berlakon sejak akhir-akhir ini.

“Tambahan pula tawaran agak kurang dan saya hanya menerima watak yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak-anak kerana mereka masih kecil untuk ditinggalkan lama-lama,” jelasnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd