• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rai Pengamal Media Dalam Majlis Santapan

oleh Ahmad Albab
05/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama kira-kira 200 warga media.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis santapan yang diadakan di Istana Negara.

Kehadiran warga media itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Majlis itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara istana dan pengamal media serta memberi penghargaan ke atas peranan besar media dalam menghubungkan institusi diraja dan rakyat.

Majlis itu juga diadakan bagi meraikan pengamal media sebelum tamatnya tempoh pemerintahan baginda tidak lama lagi.

Antara pengamal media yang hadir di majlis itu ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali dan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Mohd Hassan Mohd Noor.

Pada majlis santapan itu, baginda berdua turut berkenan bergambar bersama pengamal media.

Tuanku Abdul Halim akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini dan akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baginda mencatat sejarah setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 2012 selepas ditabalkan buat pertama kali pada 1970. – BERNAMA

Tags: Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd