• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Didesak Hadkan Lesen Pertanian, Elak Banjir Besar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – UMNO Kelantan hari ini mendesak kerajaan negeri supaya mengehadkan pengeluaran lesen pertanian terutama di Gua Musang bagi mengelak banjir besar berulang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata penebangan hutan dilakukan secara berleluasa untuk tujuan pertanian boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Gua Musang.

“Pembalakan menyebabkan kawasan bukit akan menjadi gondol dan mempercepatkan pengaliran air ke sungai-sungai termasuk ke Sungai Kelantan yang boleh menyebabkan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Beramai-Ramai peringkat Parlimen Machang di Hospital Machang di sini, hari ini.

Seramai 90 murid dari 29 sekolah rendah di jajahan itu menyertai majlis berkhatan berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Hospital Machang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan negeri boleh memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan jika mereka bimbang hasil negeri berkurangan akibat pengurangan aktiviti pertanian.

“Saya yakin kerajaan Persekutuan boleh menimbang permohonan kerajaan negeri jika mereka gunakan alasan banjir,” katanya.

Ditanya mengenai nasib Orang Asli di Gua Musang yang bertindak mengadakan sekatan di beberapa laluan pembalakan, Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Katanya kerajaan negeri perlu segera mewartakan kawasan yang didiami oleh Orang Asli sebagai tanah adat dan kawasan tanah rayau mereka bagi mengelak perkara sama berulang pada masa depan. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd