• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Etnik Rohingya Bersyukur M’sia Perjuangkan Pembelaan

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Etnik Rohingya di Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tegas memperjuangkan pembelaan terhadap etnik itu yang sedang ditindas di Myanmar.

Setiausaha Persatuan Rohingya di Malaysia Nursobi Muhamad Sultan berkata pemimpin-pemimpin negara lain kini perlu mencontohi ketegasan Najib dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan itu.

Etnik Rohingya Bersyukur M'sia Perjuangkan Pembelaan

“Kami (etnik Rohingya) bersyukur dan berterima kasih kerana PM Najib sanggup hadir pada hari ini dan bersama-sama ingin memperjuangkan nasib yang kami hadapi selama ini.

“Ini menunjukkan PM Najib amat mementingkan nilai kemanusiaan walaupun etnik kami bukan sebahagian daripada negara ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Perdana menteri bersama lebih 20,000 hadirin termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, kepimpinan UMNO dan PAS, menyertai Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Sementara itu, Timbalan pengerusi Persatuan Anak Muda Rohingya di Malaysia Sulaimeen Muhammad Karim turut meminta kerajaan Malaysia memainkan peranan penting dalam menangani isu itu.

“Malaysia sebagai negara yang dihormati di Asia Tenggara harus memainkan peranan dengan menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi ini.

“Ini kerana kami telah lihat ramai bangsa kami yang mati dibunuh oleh pihak tentera Myanmar, perbuatan ini tidak boleh dimaafkan kerana kami ditindas,” katanya.

Sulaimeen berkata masyarakat Rohingya di Malaysia amat berterima kasih kepada kerajaan kerana sudi menerima sebahagian daripada pelarian Rohingya dan memberi perlindungan sewajarnya.

Etnik Rohingya Bersyukur M'sia Perjuangkan Pembelaan

Perhimpunan itu berjalan secara aman dengan seramai 250 anggota polis turut mengawal keadaan perhimpunan itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi berkata dua jalan utama di sekitar Taman Tasik Titiwangsa iaitu Jalan Kuantan dan Jalan Tembeling ditutup kepada semua kenderaan sejak awal pagi tadi dan dibuka semula selepas perhimpunan itu selesai.

Di KOTA KINABALU, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia untuk membela etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar.

“Kami sokong penuh tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganjurkan ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya’ di Stadium Titiwangsa hari ini. Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama membantah kezaliman terhadap etnik Rohingya,” kata Presiden Pekida Sabah Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad. – BERNAMA

Tags: demonstrasiRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima, Sukhoi Su-57E...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd