• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahaman Sekular DAP Tak Sesuai Dengan Malaysia

oleh Ahmad Albab
04/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekiranya pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah negara, sudah pasti kerajaan akan didominasi DAP biarpun siapa Perdana Menterinya.

Ini, menurut tokoh UMNO, kerana DAP parti terkuat dalam pakatan pembangkang serta tidak memerlukan parti lain untuk menang kerusi dalam pilihan raya. Sebaliknya rakan sekutu, PKR dan Parti Amanah Negara lebih memerlukan DAP untuk menang.

Jika UMNO kuat di kawasan majoriti orang Melayu, DAP pula kuat di kawasan majoriti Cina, kata pemimpin UMNO kepada Bernama.

Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 menyaksikan persaingan sengit antara UMNO dan DAP, yang menyaksikan UMNO menang 78 kerusi Parlimen dalam PRU12, dan DAP 28.

Pada PRU13, UMNO menang 88 kerusi dan DAP 38. Ini menjadikan DAP parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpendapat pertembungan UMNO dan DAP pada pilihan raya umum akan datang bukan disebabkan faktor perkauman tetapi kerana ideologi sekular DAP yang tidak sesuai dengan ideologi negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 menegaskan PRU14 adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan bumiputera, berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.

Shahrir berkata apa yang dibimbangkan ialah mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan termasuk hak-hak keistimewaan orang Melayu kelak bergantung kepada mereka yang dipilih untuk berkuasa, selepas Barisan Nasional.

“Kalau tak pun dibuangkan peruntukan dalam Perlembagaan, dia boleh mengurangkannya, boleh buat tafsiran sendiri atau pun kurangkan penekanan dan sebagainya,” katanya.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu menegaskan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO selama pemerintahannya berjaya memartabatkan syiar Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi persekutuan, tanpa menghalang amalan agama lain di negara ini.

“Kalau kita tengok kepada adat dan kepercayaan orang bukan Melayu umpamanya masyarakat Cina, amalannya berjalan dengan baik berbanding dengan Singapura dan Taiwan, semuanya itu (amalan agama) dikawal malah ada yang terus dihapuskan,” katanya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata rakyat tidak mempunyai pilihan jika mahu melihat negara dalam keadaan yang bersatu padu dan aman damai kecuali dengan memilih BN sebagai kerajaan.

Untuk itu, katanya, orang Melayu perlu melihat DAP dari sudut yang lebih luas mengenai perjuangan yang dibawanya yang tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu khususnya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata perubahan besar akan berlaku dalam model politik negara yang dibawa kerajaan berindukkan UMNO, sekiranya pemerintahan akan datang dikuasai DAP.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata saingan hebat daripada DAP itu telah memperkuat lagi iltizam UMNO untuk menawan hati pengundi khususnya di luar parti.

“Oleh itu program bagi menarik sokongan rakyat kepada UMNO perlu diperhebat seperti melalui kempen secara bersemuka dan media sosial,” katanya.

Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan pula berpesan kepada orang Melayu dan kaum lain di luar bahawa “belum ada lagi parti yang benar-benar memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan kaum lain kecuali UMNO dan BN”.

“Kita tak mahu perjuangan nenek moyang kita sebelum ini…hilang semua.

Jadi fikir-fikirlah…ini bukan masa untuk mencuba-cuba tapi inilah masa depan bangsa Melayu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPKerajaanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd