• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inilah Persidangan Agung UMNO Terbaik Saya

oleh
03/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2016 adalah persidangan terbaiknya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang serasi dengannya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, barisan kepimpinan tertinggi UMNO kini adalah padu, kukuh pendiriannya, Wala’ atau setia dan komited.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, beliau tidak meragui kesetiaan barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang berada di belakang beliau sekarang.

“Inilah pasukan pimpinan UMNO yang akan turun gelanggang berjuang habis-habisan,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, hari ini.

Najib pada awal ucapannya menamakan barisan kepimpinan UMNO termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah beliau ragui kesetiaannya dan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Saya tak pernah ragu (kesetiaan Ahmad Zahid), tak payah toleh ke belakang, dia boleh berdiri belakang saya, saya tak takut,” katanya merujuk kepada Ahmad Zaid yang merupakan naib presiden menjalankan tugas timbalan presiden.

Beliau turut membunyikan ‘semboyan’ untuk anggota UMNO bersiap siaga memberikan fokus pada Pilihan Raya Umum ke-14 susulan masalah dalaman UMNO sudah berjaya diselesaikan.

Najib malah meminta tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.

“Sudah selesai masalah dalaman UMNO… Nak hadap ke mana? Mana? PRU-14, bukan pemilihan UMNO,” tegas beliau lagi di hadapan lebih 2,000 perwakilan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd