• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu Perlu Bersatu Padu Bersama Dengan UMNO

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan orang Melayu perlu bersatu padu bersama UMNO supaya maruah bangsa itu tidak akan hilang di dunia.

“Wahai bangsaku, wahai UMNO partiku, masa yang berlalu tak kan kembali lagi. Kesempatan yang hilang tak mungkin berulang berganti.

“Inilah saatnya kita tak boleh lagi mensia-siakan harapan anak cucu dan keturunan kita kerana jika kita hilang anggota tubuh dalam perjuangan itu tidak mengapa.

“Namun jika kita hilang maruah bangsa dan UMNO yang tercinta, ertinya kita telah hilang segala-galanya,” kata beliau yang juga Presiden UMNO.

Ingatan tersebut dibuat pada ucapan penggulungan perbahasan usul-usul di akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Perdana Menteri berkata, orang Melayu juga perlu bersatu demi kepentingan umat Islam dan kegemilangan negara.

“Lantas agar Melayu terus gemilang, demi ummah kekal cemerlang, ayuhlah kita rapatkan saf dan berpadu teguh demi UMNO, demi Islam, demi Malaysia.

“Walau seribu aral melintang, walau sejuta dugaan mendatang, jalan yang sukar kita rempuhi, kita rempuhi juga,” kata beliau lagi.

Najib kemudian melaungkan kata-kata Hidup UMNO!, Hidup Barisan! dan Hidup Malaysia! dan kata-katanya itu disambut semua perwakilan yang hadir. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd