• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulang Bible, Bukan ‘Lesen’ Guna Kalimah ALLAH

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKASA Selangor, menyambut baik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memulangkan semula kesemua 351 naskah Bible kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Kita sifatkan keputusan pemulangan semula bible tersebut adalah bukti bahawa Islam adalah agama yang menekankan sikap toleransi terhadap agama-agama lain.

Semua harus menghormati keputusan pemulangan semula itu yang mana kita percaya tindakan itu adalah yang terbaik bagi memastikan keharmonian di kalangan masyarakat yang mana keputusan itu juga dibuat menerusi proses perbincangan serta menerima pandangan daripada Majlis Dewan Diraja Selangor.

Namun, kita ingin tegaskan kepada pihak bukan Islam supaya tidak menganggap pemulangan Bible terbabit sebagai satu ‘kemenangan agama’ apatah lagi menganggap ianya sebagai satu ‘lesen’ yang benarkan kitab agama mereka menggunakan kalimah ALLAH dan diedarkan di Selangor pada masa depan.

Sebaliknya mereka perlu ingat bahawa penggunaan kalimah ALLAH dan pengedaran Bible yang mengandungi kalimah itu khususnya kepada umat Islam adalah kekal sebagai larangan di negeri ini.

Justeru itu kita harapkan tiada lagi pihak yang cuba mencabar undang-undang dan sensitiviti umat Islam baik di Selangor mahupun di mana-mana negeri di negara ini.

Pada masa sama, Perkasa Selangor menegaskan akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada apa juga bentuk pengedaran Bible yang menggunakan kalimah ALLAH kepada umat Islam di Selangor.

Sekiranya kita dapati perkara sedemikian berlaku, Perkasa Selangor akan meneruskan penentangan terhadap mereka yang terlibat.
ABU BAKAR YAHYA
YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Tags: kalimah AllahPERKASA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Rakan Didakwa Samun RM242,222, Guna Pisau Pemotong Kertas

Logo Kasut Mirip Kalimah ALLAH: Enam Kedai Kasut Jenama Vern’s Di Kelantan Diperiksa

08/04/2024
1

KOTA BHARU - Polis Kelantan memeriksa enam kedai kasut jenama Vern's di negeri ini berhubung tulisan menyerupai kalimah ALLAH pada...

Isu Kalimah Allah Bakal Jadi Polemik Jika Gagal Diselesaikan Segera

Isu Kalimah Allah Bakal Jadi Polemik Jika Gagal Diselesaikan Segera

05/06/2023
0

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah kerana jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd