• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kesal PAN Politikkan Isu Rohingya

oleh AK-47
03/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyelar Parti Amanah Negara (PAN) kerana memperlekehkan usaha parti itu untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah kekejaman ke atas umat Islam Rohingya.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, PAN tidak sepatutnya mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan Pakatan Harapan kerana pembelaan nasib umat Islam Rohingya adalah tanggungjawab semua bukan.

“Ia tidak sepatutnya dijadikan satu isu politik untuk mempertikailan pihak lain dan mengangkat pihak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN semalam memperlekehkan langkah PAS mahu mengadakan kerjasama dengan UMNO bagi mengadakan perhimpunan secara besar-besaran membantah kekejaman ke atas umat Islam Rohingya.

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Raja Bahrin Shah dipetik mendakwa kononnya perhimpunan itu sesuatu yang membingungkan kerana UMNO sebagai parti pemerintah tidak sepatutnya mengadakan demonstrasi.

“Boleh dilihat hampir setiap kali Parlimen bersidang sejak 2013, Presiden PAS akan bertanya tentang pembelaan terhadap nasib umat Islam Rohingya.

“Malang sekali ada parti yang baru sekali bawa usul tentang Rohingya terus mendabik dada mereka juara dan mempertikaikan pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara kita di Arakan,” katanya.

PAS sebelum ini enggan menyertai perhimpunan Bersih 5 anjuran kumpulan anti kerajaan dan Pakatan Harapan sebaliknya mahu mengadakan perhimpunan membantah kekejaman ke atas umat Islam Rohingya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Mohd. Zuhdi MarzukiPANPASRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd