• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompaun RM10,000 Buang Sampah Secara Haram – MBMB

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengenakan kompaun sehingga RM10,000 bagi mereka yang membuang sampah secara haram di kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong, di sini.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin berkata orang awam yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tegas dan didakwa mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Sebelum ini, kawasan ini telah diakses sebagai kawasan ‘tutup selamat’, namun kita dapati sehingga kini terdapat sesetengah kontraktor yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi tersebut. Kita juga menerima laporan bahawa kawasan ini juga turut dijadikan sarang penagih dadah.

Justeru, kita akan mengambil langkah proaktif dengan terus memantau dan melakukan pengawasan secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi pembersihan di bekas tapak pelupusan sisa pepejal Krubong di sini, hari ini.

Tapak pelupusan sampah di Krubong seluas 80 hektar ditutup tahun lepas setelah mencapai tahap kapasiti maksimum dan digantikan dengan tapak pelupusan baharu di Sungai Udang di sini.

Zainal berkata dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah secara haram berterusan, MBMB turut bertindak menutup laluan ke kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong dan memasang pagar penghalang di laluan masuk.

“Di samping itu, kita akan membuat rondaan secara berkala dan menggali parit di laluan masuk tapak serta mempamerkan papan tanda amaran supaya orang ramai tidak lagi membuang sisa pepejal ke tapak pelupusan yang telah ditutup ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bekas tapak pelupusan sampah itu akan diselenggara secara menyeluruh termasuk dibangunkan sebagai kawasan yang memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya penduduk di negeri ini.

“Usaha menghijaukan kawasan berkenaan dan dijadikan sebagai pusat rekreasi dilihat dapat membantu mengekang tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya. – BERNAMA

Tags: kompaunSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen ‘Frust’ Lelaki Hensem Curi iPhone 7 Nilai RM14K

Next Post

Sebuah Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Dungun

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

Next Post

Sebuah Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Dungun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd