• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Dadah Bernilai RM166,000 Dirampas Di Johor

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelbagai dadah bernilai RM166,100 berjaya dirampas dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Mount Austin, di sini pada Selasa lalu (29 Nov).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Lukas Aket berkata serbuan itu dilakukan antara 3 hingga 4 petang di tepi Jalan Mutiara Emas 9/23 serta sebuah rumah di kawasan berhampiran.

Katanya hasil daripada serbuan itu, dua lelaki tempatan berusia 26 dan 27 tahun ditahan manakala 5,000 pil jenis eramin, 5,980 pil disyaki ecstasy, 146 gram serbuk putih dipercayai ketamin dan sebuah alat penimbang berat, dirampas.

Polis turut menyita wang tunai RM6,100, mata wang Singapura SGD1,524 dan dua kereta mewah jenis Audi A3 serta Mercedes Benz C200.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas dan menjalankan aktiviti di pusat hiburan sekitar Johor Bahru. Dadah dibekalkan dari kawasan utara Semenanjung dan pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lukas berkata berikutan kejayaan penahanan kedua-dua suspek, polis percaya bahawa kemasukan sejumlah besar dadah ke negeri ini telah dapat disekat.

“Sekiranya polis gagal menghalang perkara ini, kuantiti dadah yang dirampas ini cukup untuk merosakkan hampir 6,000 orang,” katanya.

Kedua-dua suspek yang didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata sejak Januari hingga November lepas, 16,828 individu ditahan berkaitan dadah di negeri ini.

Pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat 796.8 kilogram dengan nilai kira-kira RM26.19 juta turut dirampas, selain penyitaan wang tunai dan harta pengedar dadah yang bernilai RM10.85 juta. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd