• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hanya Minta Sabar, Jika Penganjur Gagal Urus Pakej

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Syarikat atau agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah perlu lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan perkataan ‘perlu bersabar’ atau ‘reda’ sebagai pelindung jika jemaah gagal berlepas mengikut tempoh yang dijanjikan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata penganjur tidak boleh meletakkan bebanan kegagalan mereka kepada bakal jemaah umrah dengan hanya bersandarkan alasan ‘itu semua ujian untuk ke tanah suci’.

“Walaupun urusan umrah bukan di bawah bidang kuasa Jakim, tetapi atas kepentingan Islam, suka diingatkan agar penganjur lebih peka terhadap tanggungjawab mereka kepada jemaah berkaitan pakej umrah yang ditawarkan.

“Kita memang menerima banyak rungutan mengenai hal ini, iaitu jika penganjur buat tidak betul sekalipun, jemaah diminta sabar atau reda atas alasan ia dugaan kerana ingin ke tempat suci…itu tidak betul,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes 300 bakal jemaah umrah terkandas di klia2, Sepang, semalam.

Kesemua jemaah tersebut yang sepatutnya berlepas pada Ahad, Isnin serta semalam dipercayai terpedaya dengan pakej umrah murah yang ditawarkan sebuah agensi pelancongan hanya pada harga RM3,500 seorang.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini, Othman berkata kes seperti itu tidak boleh dipandang ringan dan masyarakat diharap lebih berwaspada agar tidak mudah terpedaya ekoran tertarik dengan pelbagai pakej yang ditawarkan.

“Sebab itu, kita harap masyarakat lebih peka, selidik dahulu kesahihan atau kebolehpercayaan syarikat atau agensi pelancongan terbabit dengan memastikan mereka mematuhi peraturan sedia ada seperti hal berkaitan visa, penerbangan dan penginapan,” katanya.

Othman berkata bagi pihak Jakim beliau akan meminta pengurusan atau anggota jawatankuasa masjid supaya turut menyelitkan penerangan mengenai hal penipuan umrah semasa mengadakan ceramah atau kursus haji kerana sesi tersebut biasanya turut dihadiri mereka yang ingin menunaikan umrah.

Mengenai MICF, beliau berkata Jakim menyambut baik penganjuran program sebegitu yang diadakan di masjid kerana selain mengimarahkan ‘rumah Allah’, ia juga dapat memupuk perasaan ingin ke masjid dalam kalangan kanak-kanak.

Dianjurkan oleh Zurriyat Ventures Sdn Bhd, satu gabungan usahawan dari industri berbeza, MICF yang menampilkan pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak seperti kem solat, pertunjukan fesyen, pertandingan muazzin dan membaca al-quran selama satu jam oleh lebih 2,000 kanak-kanak.

Program anjuran bersama Jakim itu akan berlangsung tiga hari sehingga Ahad ini bertempat di perkarangan dewan solat utama Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. – BERNAMA

Tags: Jakimumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd