• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Didenda RM10,000 Buat Perakuan Palsu Dalam Dokumen JPJ

oleh AK-47
02/12/2016
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan membuat perakuan palsu dalam borang permohonan lesen vokasional Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) L8, tiga tahun lalu.

Hakim S.Indra Nehru turut memerintahkan tertuduh Dr R. Pathmanathan, 55, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa pada 5 Jan lalu atas pertuduhan membuat perakuan memeriksa seorang individu bagi memperbaharui lesen memandu Kelas D untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam, sedangkan tiada pemeriksaan kesihatan dibuat.

Dr Pathmanathan didakwa membuat perakuan palsu dalam borang permohonan atas penama Mohd Saiful Baqhtiar Mohd Rohaizat di Kumpulan Poliklinik Manjung Sdn Bhd No. 2446 Taman Samudera, Bandar Seri Manjung dekat Manjung.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Mac 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahidah Jalalluddin memohon kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Peguam Datuk V Manokaran, yang mewakili tertuduh, memohon supaya anak guamnya hanya dikenakan didenda. – BERNAMA

Tags: JPJpalsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd