• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Direman Bantu Siasatan Kes Tembak Di George Town

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, di sini semalam yang menyebabkan tiga terbunuh dan empat cedera.

Seorang daripada lelaki terbabit ditahan semalam di tempat kejadian selepas insiden itu manakala seorang lagi ditahan di Hospital Pulau Pinang lewat malam tadi selepas mendapatkan rawatan.

Kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 32 dan 37 tahun direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town Ahmad Tajuddin Zain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mendapati senjata api yang digunakan dalam kejadian itu didaftarkan dengan sebuah syarikat keselamatan.

“(Seorang daripada) suspek ada permit ‘carry and use’ (senjata),” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam tadi, tiga lelaki maut manakala empat lagi cedera ditembak.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.

Mangsa yang cedera pula ialah Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, dan jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28. Seorang lagi yang cedera ialah lelaki yang ditahan reman.

Ong yang memandu kereta BMW dilapor ditembak di leher dan mati di tempat pemandu kereta manakala Choi juga mati di dalam keretanya dipercayai terkena peluru sasar. Senthil pula ditembak di tepi jalan itu kira-kira 50 meter dari kereta BMW milik Ong.

Mereka yang cedera, kecuali lelaki yang ditahan itu, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Ketiga-tiga mereka adalah orang awam yang kebetulan melalui kawasan kejadian.

Kejadian berhampiran susur keluar Jambatan Pulau Pinang itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira tiga jam dari George Town menghala ke Butterworth apabila polis menutup laluan ke arah seberang.

Khalid berkata polis percaya seorang daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai masalah mental.

“Lelaki yang dipercayai bermasalah mental itu pernah berkhidmat dengan Askar Wataniah sebelum ini dan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Sementara itu Khalid ketika ditemui selepas melawat kesemua mangsa kejadian itu di Hospital Pulau Pinang, berkata beliau dimaklumkan bahawa kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil.

Turut melawat mangsa di hospital hari ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd