• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Serah Bantuan Kepada Bekas Ketua Wanita UMNO

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Selayang, Saridah Ibrahim yang lumpuh akibat kemalangan dua tahun lepas, terharu kerana dirinya sentiasa mendapat pembelaan parti.

Beliau kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang berkempen untuk Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 2014.

“Biar apapun saya tetap dengan UMNO dan perjuangkan parti saya,” katanya kepada pemberita selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu beliau pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, Perdana Menteri menyerahkan bantuan wang tunai RM5,000 kepadanya, sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan beberapa perwakilan.

Biro Kebajikan UMNO dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan sentiasa memantau rawatan kesihatan Saridah serta menyalurkan bantuan keperluan harian secara bulanan. – BERNAMA

Tags: BNUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd