• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAU 2016 Zahirkan Sokongan Terhadap Nasib Rohingya

oleh AK-47
03/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ETNIK minoriti Rohingya mengalami penderitaan dan kekejaman dengan wanita dirogol, kanak-kanak dan lelaki disembelih, serta rumah dan masjid mereka turut dibakar.

Ribuan melarikan diri ke sempadan serta mendapatkan perlindungan daripada negara jiran, dengan sebahagian daripada mereka meninggal dalam perjalanan kerana kecederaan dan kelaparan.

Pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia menunjukkan sokongan dan bantahan ke atas kekejaman tentera pihak berkuasa Myanmar.

PAU 2016 Zahirkan Sokongan Terhadap Bangsa Rohingya

PAU 2016 Zahirkan Sokongan Terhadap Bangsa Rohingya

PAU 2016 Zahirkan Sokongan Terhadap Bangsa Rohingya

Malah Perhimpunan Agung UMNO 2016 tidak ketinggalan mengetengahkan kekejaman dialami etnik Rohingya dalam Pameran Kartun dan Komik Wasatiyyah dan Perjuangan dianjurkan Institut Wasatiyah Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pameran yang diadakan dari 29 November hingga esok itu turut menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang untuk tidak ketinggalan menyatakan sokongan terhadap nasib yang dialami oleh bangsa Rohingya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2016 menyifatkan kekejaman dilakukan kerajaan Myanmar sebagai tidak perikemanusiaan serta menggesa ASEAN mengkaji semula keahlian Myanmar dalam badan itu.

“Pemuda UMNO juga mendesak anggota Asean agar keahlian Myanmar dikaji semula. Prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ahli ASEAN,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MyanmarPAU 2016Rohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd