• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Harakah 9 Mac

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 9 Mac tahun depan untuk pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nik Alia Hanafi mewakili Najib dan peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan ketua editor Harakahdaily, Taufek Yahya.

Wan Rohimi ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan tarikh itu sementara menunggu dua rayuan perdana menteri didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac depan.

Rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 April lepas, yang menolak permohonan Najib untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei lepas yang menolak permohonan Najib supaya saman itu diputuskan berdasarkan fakta undang-undang iaitu tanpa perbicaraan penuh.

Pada 18 Mac 2015, Najib memfailkan saman terhadap Rosli dan Taufek kerana menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB yang ditulis oleh Rosli pada 19 Feb tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menggambarkan yang beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu berniat untuk mencemarkan reputasi beliau.

Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli adalah betul sebelum menerbitkannya.

Perdana Menteri berkata kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel itu dengan agenda peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap beliau. – BERNAMA

Tags: HarakahNajib Tun Razaksaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd