• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhebat Usaha Tangani Politik Fitnah Media Sosial

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Politik fitnah dan politik persepsi di media sosial oleh pembangkang perlu segera ditangani bagi memperbetulkan tanggapan serong terhadap UMNO dan kerajaan.

Beberapa perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016 melahirkan kebimbangan jika perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata politik kotor yang dimainkan pembangkang dikhuatiri akan mempengaruhi rakyat sekali gus menenggelamkan usaha pembangunan dan kebajikan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerja pembangkang buat fitnah agar rakyat bersama mereka sehinggakan rakyat sudah tidak pandai menilai yang mana satu kaca dan mana satu permata,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran Shahaniza Shamsuddin pula mencadangkan agensi kerajaan mewujudkan unit media sosial masing-masing sehingga ke peringkat daerah di setiap negeri bagi memaklumkan projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Shahaniza berkata ini kerana sering berlaku, maklumat mengenai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak sampai kepada rakyat.

“Kerajaan juga memerlukan satu pusat sehenti untuk penyaluran maklumat agensi kerajaan agar dapat memantau dan menghebahkan maklumat mengenai usaha kerajaan yang dilaksanakan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong Hazrene Begum Mohd Husin berkata golongan muda dalam UMNO perlu menjadikan media sosial sebagai instrumen untuk meyakinkan orang muda terhadap perjuangan parti.

“Kepantasan maklumat disampaikan kini melalui gajet elektronik menerusi aplikasi media sosial yang menjadi trend bukan saja golongan muda malah golongan yang berumur,” katanya.

Beliau memberikan contoh pengaruh media sosial dapat dilihat keberkesanannya sewaktu pemilihan presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan peranan maklumat dihujung jari amat besar dan berpengaruh. – BERNAMA

Tags: media sosialPAU 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd