• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Jadi Cerita Jika Hanya Tampilkan Upin Ipin – Norman

oleh AK-47
02/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini heboh mengenai filem terbaharu terbitan Les’s Copaque Production dan KRU, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng berjaya mendapat kutipan RM3 juta, setelah empat hari ditayangkan.

Kali ini, muncul pula luahan kecewa penonton yang menyifatkan jalan cerita filem itu sangat membosankan.

Malah, ada penonton turut menyarankan ibu bapa membatalkan hasrat utnuk membawa anak menonton filem ini, sekiranya anak mereka merupakan peminat nombor 1 Upin Ipin.

Menurut penonton yang tidak didedahkan identiti itu, filem ini tidak banyak menampilkan Upin Ipin, selain jalan ceritanya perlahan dan skripnya yang agak lemah.

Tak Jadi Cerita Jika Hanya Tampilkan Upin Ipin - NormanTak Jadi Cerita Jika Hanya Tampilkan Upin Ipin - NormanSementara itu, penerbit filem tersebut, Datuk Norman Abdul Halim tampil meminta orang ramai membetulkan tanggapan sebelum pergi menyaksikan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

Katanya, penonton perlu menerima perubahan yang dilakukan kerana filem ini bukan 100% filem animasi.

Tak Jadi Cerita Jika Hanya Tampilkan Upin Ipin - Norman

“Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem Upin Ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja.

“Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk melihat animasi Upin dan Ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

“Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi.

“Tidak akan menjadi cerita jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan Upin dan Ipin sahaja.

“Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi.

“Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej positif kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima dan Ainon Ariff menampilkan Puteri Balqis sebagai watak utama selain Upin Ipin, Awie, Sara Ali dan Remy Ishak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Tags: Upin & Ipin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

23/05/2026
0

SHAH ALAM – YouTuber Indonesia dikenali sebagai Frans Sanjaya bersama seorang wakil muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas...

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

18/10/2019
0

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd