• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Seru Umat Islam Tonjol Imej Sebenar Agama

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam agar sentiasa menonjolkan imej sebenar Islam yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan.

Sehubungan itu, titah baginda, umat Islam berperanan mengekal hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam supaya keindahan Islam tidak dirobekkan dengan ketaksuban yang boleh membawa kepada kerosakan.

“Islam perlu menjadi contoh kepada dunia dengan umatnya yang mengamalkan kesederhanan dan mementingkan keamanan,” titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agams Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika melawat Masjid Jami Ul-Alfar, yang juga dikenali sebagai Masjid Merah di sini malam tadi.

Menurut baginda, kegagalan mengamalkan kesederhanaan dan kemurnian beragama sehingga mewujudkan perbalahan sesama sendiri, membawa imej negatif kepada agama Islam.

Ketibaan baginda di masjid itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Ismail serta Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal disambut Presiden Lembaga Pemegang Amanah masjid T.M Ameer Sultan, naib presidennya Harris Anver serta bendahari Jaafar Ali Farook.

Baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs kepada masjid itu melalui T.M Ameer selepas meninjau keindahan masjid yang diasaskan pada 1908.

Masjid tersebut dibina melalui sumbangan dana peniaga dan pedagang selatan India dengan bangunan asasnya setinggi dua tingkat menggunakan empat tiang daripada kayu jati.

Masjid itu melalui proses pembesarannya pada 2010 dengan pembinaan bangunan tambahan setinggi enam tingkat.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di sini sejak Selasa lalu untuk mengetuai delegasi lawatan kerja UniMAP selama enam hari ke institusi pengajian tinggi di Sri Lanka. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlisumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd