• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AEON Buka Cawangan Baharu Di Taiping

oleh Ahmad Albab
15/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – AEON Co (M) Bhd, peruncit utama negara, membuka cawangan baharunya berkonsepkan kontemporari dan mesra alam, di bandar Taiping.

Pengerusinya Datuk Abdullah Mohd Yusof berkata pusat membeli-belah yang merupakan cawangan ke-32 di Malaysia dan keempat di Perak itu, dibina atas tanah berkeluasan 5.6 hektar dan menelan kos pembinaan sebanyak RM66 juta.

“Pusat membeli-belah yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam, dapat memenuhi cita rasa dan keperluan penduduk di sekitar Taiping untuk menikmati kemudahan dan pengalaman membeli-belah serba moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian AEON Mall Taiping yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Pada majlis itu, AEON turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM110,000 kepada tujuh rumah kebajikan iaitu Persatuan Kebajikan Kasih Nurul Iman, Ipoh (RM10,000) dan Pertubuhan Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin, Taiping (RM10,000).

Persatuan lain ialah Pertubuhan Kebajikan Sinar Cahaya Anak-Anak Yatim, Taiping (RM10,000), Institut Perawatan St. John Ambulans Perak (RM20,000), Persatuan Lighthouse Hope, Ipoh (RM20,000), Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar (RM20,000) dan Ray of Hope, Ipoh (RM20,000).

Katanya AEON Mall Taiping dikelilingi 13,000 batang pokok daripada spesies tempatan untuk mengekalkan dan memulihara ekosistem di kawasan itu.

Menerusi pembukaan pasar raya itu, beliau berkata AEON menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan baharu selain melaksanakan program pembangunan kerjaya bagi memastikan pekerja terlatih dan dapat dikekalkan.

Abdullah berkata AEON juga bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Mara dengan memberi peluang perniagaan kepada peniaga, khususnya Bumiputera, untuk memasarkan produk keluaran mereka.

“Rangkaian pusat membeli-belah itu yang beroperasi sejak 1985 terbukti membantu memodenkan industri peruncitan di negara ini.

“Dengan adanya kepelbagaian promosi jualan, dapat menarik minat pelanggan tempatan dan luar negara, secara tidak langsung mampu menjana pertumbuhan ekonomi di negeri ini melalui operasi dan aktiviti peruncitan AEON,” katanya.

Pasar raya AEON pertama di Perak, AEON Kinta City, Ipoh, dibuka pada 1997. – BERNAMA

Tags: Perniagaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd