• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Sahabat Ditahan Jual Dadah Untuk Hidup Mewah

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua sahabat yang ingin menjalani kehidupan mewah dan bergaya pada usia muda sanggup mengambil risiko dengan mengedar dadah di sekitar Besut, kata polis.

Bagaimanapun, aktiviti yang didalangi seorang mekanik berumur 23 tahun bersama rakannya yang merupakan seorang penggangur berumur 18 tahun tidak bertahan lama selepas kedua-duanya diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelagat, Besut, Isnin lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata hasil serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, polis menjumpai 670 biji pil kuda, 10 biji pil eramin 5, 1.25 gram syabu dan sebiji pil ecstacy yang bernilai kira-kira RM7,230.

Katanya dadah itu disorokkan di dalam sebuah kotak di bahagian bawah almari di rumah berkenaan.

“Mereka didapati aktif dalam kegiatan pengedaran di sekitar Jerteh. Mereka tidak terlibat dalam penagihan sebaliknya hanya menjual dadah bagi memenuhi gaya hidup mewah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebuah motosikal jenis EX-5 dan sebuah motosikal Yamaha 125z yang dianggarkan bernilai RM13,000 turut disita dalam serbuan itu.

“Kedua-dua mereka direman sehingga 4 Dis mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd