• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandang Ke Hadapan Untuk UMNO Kekal Relevan – Zahid

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola tingkah laku dan gelagat sosial masyarakat untuk memastikan parti kekal relevan daripada asyik bernostalgia mengenai bekas pemimpin parti, demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti berkata adalah lebih baik jika perwakilan UMNO tidak lagi meng’hero’kan bekas pemimpin parti selepas ini.

“Nostalgia itu sesekali harus diingati tetapi memandang ke depan itu lagi penting,” katanya dalam sidang media bersama-sama Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hishammuddin yang turut ditanya jika terdapat perwakilan pada perhimpunan agung kali ini yang masih tidak memandang ke hadapan, berkata terdapat perbezaan ‘mood’ pada persidangan tahun ini berbanding tahun lepas.

“Sangat berbeza dari segi semangat kekeluargaan, semangat untuk ke depan dan menjawab kritikan,” katanya.

Ditanya mengenai tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara UMNO dengan PAS, Ahmad Zahid berkata ketika ini apa yang berlaku antara kedua-dua parti lebih kepada konsep ta’awun dan tabayyun dan bukanlah kerjasama politik seperti yang digembar-gemburkan.

“Ia terarah kepada ta’awun iaitu memberi pemahaman dan keutamaan kepada isu-isu yang kabur dan juga tabayyun iaitu pencerahan.

“Jadi kedua-dua aspek ini didahulukan daripada tahaluf siyasi. Jika tidak, mungkin akan timbul salah tafsir. Kesefahaman itu lagi penting daripada kerjasama,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.


UMNO menyokong usul itu. – BERNAMA

Tags: PAU 2016UMNOZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd