• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencinta Haiwan ‘Sembelih’ 100 Kucing Sehari

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang lelaki yang mendakwa dia pencinta haiwan dan memelihara kucing liar di rumahnya ditangkap kerana menyembelih haiwan itu dan menjual bangkainya kepada restoran.

Gambar yang tersebar menunjukkan puluhan bangkai kucing beku dan baru disembelih di gudang kecil lelaki itu di Chengdu, barat daya China.

Seorang wartawan yang menyamar untuk melakukan siasatan bagi akhbar Chengdu Business mendapati lelaki itu, Huang Fuping menjual bangkai kucing berkenaan sebagai arnab kepada restoran di pedalaman China dengan harga 20 yuan (RM13) sekilogram.

Pihak berkuasa menutup rumah penyembelihan kucing Huang yang beroperasi sejak 30 tahun lalu sebaik menerima maklumat daripada sukarelawan 23 November lalu.

Jurucakap Pusat Penyelamat Haiwan Aizhijia Chengdu yang mahu dikenali sebagai Chen berkata, pihaknya merampas dua tan bangkai kucing dan menyelamatkan 49 ekor yang belum disembelih pada hari berkenaan.

Aktivis berkata, Huang sempat menjual 13 tan bangkai haiwan itu sebelum gudangnya diserbu hari itu.

Huang memberitahu wartawan yang menjalankan intipan itu, dia menyembelih 100 kucing sehari, meraih pendapatan kira-kira 3,000 yuan (RM2,000) semalam.

Kerana jualan daging kucing diharamkan di Chengdu, dia terpaksa menjualnya di pasar dan restoran di luar bandar berkenaan dengan mendakwa ia daging arnab.

Dia memberitahu wartawan berkenaan, daging kucing dan arnab hampir sama dan apabila dikisar, tidak seorang pun dapat membezakannya.

Untuk memenuhi permintaan tinggi daripada restoran, Huang bukan sahaja menangkap kucing yang berkeliaran, tetapi juga mengupah orang lain untuk mencuri kucing peliharaan penduduk sekitar. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinakucing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd