• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Saman Tertunggak JPJ Kedah Turun 60 Peratus

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berjaya menurunkan jumlah saman tertunggak sehingga 60 peratus sejak memperkenal program Hari Pengarah Bersama Pelanggan, tahun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata penurunan jumlah saman tertunggak itu berikutan sambutan menggalakkan orang ramai yang mengambil peluang daripada diskaun ditawarkan dalam program tersebut pada setiap Rabu.

“Jumlah kutipan bayaran saman meningkat pada kadar lebih tinggi pada Hari Pengarah Bersama Pelanggan berbanding hari-hari biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menerusi program itu, katanya mereka yang dikenakan saman dikeluarkan JPJ akan ditawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi kesalahan jalan raya, namun tidak termasuk kes dibawa ke mahkamah atau di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Penganjuran program ini bukan untuk menggalakkan pengguna jalan raya melakukan kesalahan tetapi atas keprihatinan kita dalam meringankan sedikit beban rakyat melalui (pengurangan bayaran saman),” katanya.

Terdahulu, Ismasuhaimi melancarkan Tabung Rohingya JPJ peringkat Kedah di Pejabat JPJ Langkawi.

Beliau berkata pelancaran tabung itu merupakan inisiatif JPJ Kedah untuk membantu masyarakat Rohingya yang tertindas di Myanmar.

“Kita akan menyediakan tabung ini di kesemua tujuh cawangan utama JPJ di Kedah bermula di kaunter kita di Langkawi,” katanya.

Beliau berkata tabung yang sama juga akan diagihkan kepada Skuad Muda 1Malaysia JPJ, selain disediakan semasa program-program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi berkenaan.

“Setakat ini, JPJ Kedah menjadi perintis untuk tabung ini dan kita berharap (JPJ) di negeri-negeri lain akan mengambil inisiatif yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd