• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Cerah Beri Peluang Mangsa Bah Bersihkan Rumah

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Cuaca cerah sejak awal pagi ini memberi peluang kepada mangsa banjir untuk pulang ke rumah masing-masing dan membersihkan kawasan sekitar rumah mereka yang ditenggelami air semalam.

Tinjauan Bernama di sekitar daerah ini mendapati air sungai yang melimpah hingga memasuki rumah kebanyakan penduduk telah mulai surut.

Salah seorang mangsa banjir Maisarah Abdul Wahab, 49, dari BRT Kampung Baru Kanan, Kemasik berkata beliau yang berpindah ke pusat pemindahan banjir kira-kira pukul 9 malam tadi mengambil keputusan untuk pulang membersihkan rumah setelah air yang memasuki rumahnya mulai surut.

“Saya baru pindah ke pusat pemindahan malam tadi sebab air masuk dalam rumah hingga 0.5 meter…Alhamdulillah, cuaca dah makin elok dan tak hujan sejak malam tadi.

“Habis semua tilam dan perabot saya tak dapat nak diselamatkan sebab semalam saya tak ada di rumah.

“Masa air mula melimpah, saya dalam perjalanan nak ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan…tiba-tiba anak telefon bagitahu rumah ditenggelami air, saya ambil keputusan untuk batalkan temu janji dengan doktor dan pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui Bernama.

Maisarah yang mengidap kanser payudara berkata meskipun terpaksa membatalkan temu janjinya, beliau bersyukur keadaan cuaca semakin baik.

Bagi seorang ibu tunggal, Noorwati Muhammad, 33 dari Kampung Baru Kemasik yang pertama kali berhadapan dengan situasi banjir berkata kejadian tersebut sedikit sebanyak menguji dirinya yang tiada tempat bergantung setelah kematian suami sejak tujuh bulan lalu.

“Saya berpindah dengan tiga anak saya selepas rumah dinaiki air hingga paras lutut…ni kali pertama saya menghadapi situasi sebegini, tetapi saya sempat menyelamatkan semua barang berharga awal pagi semalam selepas hujan lebat tak berhenti.

Hanya pakaian je yang tak sempat saya selamatkan…hari ni bila cuaca panas macam ni saya ambil peluang untuk balik rumah basuh pakaian…sempatlah kering sebab cuaca memang elok hari ni,” katanya yang turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata banjir yang melanda daerah tersebut berlaku akibat hujan yang berterusan sejak kelmarin.

“Hari ni cuaca cerah dan ada antara mangsa banjir pulang ke rumah membersihkan kawasan tetapi pusat pemindahan masih belum ditutup kerana keadaan belum benar-benar pulih.

“Kita sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan esok juga dijangkakan hujan lebat akan berlaku dengan air pasang besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd