• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Darah Morais Ditemui Pada Bengkel Di Desa Mentari

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu terdapat kesan darah milik Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais ditemukan di pintu tandas sebuah bengkel kenderaan yang dipercayai tempat mayat dan kereta Kevin Morais disimpan.

Anggota Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Sarjan Mohammed Dahlan Rase berkata kesan darah itu berada di bahagian bawah pintu tandas bengkel itu yang beralamat di Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

“Bengkel tersebut macam rumah kedai, terdapat satu bilik kecil, satu bilik air dan satu ruang untuk membaiki kereta. Keadaan bersepah-sepah dengan komponen baiki kenderaan.

Saya mengambil sampel darah itu di pintu tandas bahagian dalam,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, dalam perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais yang masuk hari ke-32.

Mohammed Dahlan, 54, merupakan saksi pendakwaan ke-47 yang ditugaskan mencari, mengesan dan mengumpul bahan bukti dalam kes itu.

Saksi itu berkata hanya satu kesan darah ditemui di bengkel dan beliau mengambil sampel darah itu menggunakan peralatan swap, membungkus, menandanya dan menyerahkan kepada seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Affendi.

Kepada soalan Wan Shaharudin bagaimana cara beliau memastikan sesuatu kesan itu adalah kesan darah, Mohammed Dahlan berkata berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya yang melihat kesan itu berwarna merah kehitaman.

Terdahulu ketika pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-46, Timbalan Pendakwa Raya Savinder Singh Jugindar Singh, pihak pembelaan mempersoalkan keterangan saksi itu pada perbicaraan lepas bahawa tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, pernah menunjukkan reaksi tidak berpuas hati terhadap Kevin Morais, yang sebelum ini mengendalikan kesnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh Dr Kunaseegaran mencadangkan reaksi itu sepatutnya adalah satu reaksi biasa daripada tertuduh dan beliau bertanyakan Savinder ada atau tidak mana-mana tertuduh yang gembira dan mengucapkan terima kasih apabila sesuatu pertuduhan dikenakan terhadap mereka.

Savinder, 27, bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Sivananthan dan ketika pemeriksaan semula Wan Shaharudin, saksi itu berkata beliau tahu membezakan bagaimana reaksi mana-mana tertuduh sama ada tidak berpuas hati, pasrah atau (tertuduh) tidak faham dengan pertuduhan.

“Tetapi memang Dr Kunaseegaran dilihat tidak berpuas hati. (Reaksi tidak puas hati) biasanya bila dia hadir di mahkamah dan kena tunggu kes. Di kafeteria dia nampak biasa.

“Paling ketara (reaksi) adalah ketika pertuduhan tambahan dikemukakan terhadap Dr Kunaseegaran, dia nampak seperti “bingung”, katanya.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48; R.Dinishwaran, 24; A.K. Thinesh Kumar, 23; M.Vishwanath, 26; S.Nimalan, 23 dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd