• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuna Raikan Hari Jadi Bersama Pesakit Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
15/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Yuna berkongsi kegembiraan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 dengan melawat kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Jumaat.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, majlis tersebut dilakukan secara sederhana bersama 30 pesakit kanak-kanak di wad pediatrik pusat perubatan itu.

“Sebenarnya saya tidak rancang apa-apa pun cuma tiba-tiba saya rasa nak datang hospital dan menziarah kanak-kanak yang sakit.

“Saya beritahu perkara itu kepada ibu saya dan Alhamdulillah ibu saya merealisasikannya dengan menghubungi pihak hospital bagi meminta kebenaran lawatan tersebut,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Yuna lahir pada 14 November 1986.

Jelas Yuna, perkara tersebut dilakukan secara sembunyi tanpa mahu sebarang liputan media bagi mengelak dituduh riak.

Bagaimanapun secara kebetulan semasa lawatan itu, jurugambar The Star iaitu Azman Ghani berada di pusat perubatan berkenaan atas satu tugasan lain.

“Majlis ni memang saya tak beritahu media pun sebab hanya melibatkan keluarga sahaja, tetapi tidak sangka terserempak dengan wartawan The Star.

“Saya tidak mahu orang cakap saya menunjuk-nunjuk pula. Namun saya sangat bersyukur kerana dapat menggembirakan kanak-kanak selain melihat mereka semua tersenyum,” ujarnya.

Yuna kini berada di Malaysia sehingga Disember ini bagi memperbaharui visa dan persiapannya untuk menunaikan umrah. – mStar Online

Tags: penyanyiyuna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd