• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Kepanasan ‘Lari’ Ke Tunisia Ketika PAU 2016

oleh
30/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNIS – Perjuangan guling kerajaan UMNO tidak bermakna jika pemimpin ‘otai’ yang diketahui mendalanginya itu pula adalah penakut dan tidak berani berdepan cabaran yang mendatang.

Itulah diibaratkan bekas presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila dilaporkan asyik ‘hilang’ ketika acara melibatkan pembangkang yang mahu tuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan.

Tahun ini, ketika demonstrasi haram ‘TangkapMO1’ di ibu negara, Mahathir yang kini Pengerusi PPBM melarikan diri ke Langkawi untuk bercuti dan penganjur himpunan tersebut ‘malu besar’ acara itu berakhir dengan kegagalan.

Selepas itu, pada perhimpunan haram Bersih 5 pada 19 November lepas, Mahathir yang awalnya sudah mengatakan bahawa akan berada di Sudan untuk satu program rasmi dan beliau selamba menyatakan tidak mungkin hadir.

Kemudian, mungkin selepas ‘disindir’ kerana kehadiran peserta jauh semakin berkurangan, Mahathir terpaksa menghadiri Bersih 5 dengan hanya sempat menyarungkan sahaja baju T warna kuning berkenaan di luar kemejanya.

Kali ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula 29 November sehingga 3 Disember, Mahathir ‘lari’ lagi dan kali ini ke Tunisia pula iaitu negara yang pernah huru-hara akibat campur tangan asing menerusi Arab Spring.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, Mahathir sebenarnya bimbang jika didatangi oleh pihak media khususnya arus perdana yang sudah semestinya mempunyai banyak soalan cepumas untuk ditanyakan langsung kepada beliau.

Selain itu, beliau juga khuatir ditanya rakan-rakan politik yang ramai menghadiri Perhimpunan Agung pada kali ini berhubung pendirian sebenar dan apakah asas kebenaran beliau tergamak menentang Najib ketika ini.

Tun M Kepanasan 'Lari' Ke Tunisia Ketika PAU 2016

Mahathir juga bukan pemimpin yang tahan kritikan kerana terbukti pada zamannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana pihak yang melampau dalam mengkritiknya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada masa ini, beliau sudah tiada kuasa ‘menahan’ sesiapa untuk bebas mengkritiknya secara terbuka, jadi apa yang boleh beliau lakukan selain daripada lari ke luar negara konon terpaksa menghadiri pelbagai program penting.

Mahathir seolah-olah tidak senang duduk dan berasa seperti kepanasan untuk berada di ibu negara Malaysia ketika perhimpunan parti terbesar Melayu ini berlangsung di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketika tragedi Memali pada 19 November 1985, Mahathir mengatakan bahawa pada ketika itu beliau konon sudah berlepas ke China mengakibatkan timbalannya, Tun Musa Hitam menjadi ‘kambing hitam’ insiden berdarah itu.

Mahathir takut berdepan dengan kebenaran. Panas berapi telinganya kalau berada di Malaysia mendengar ucapan perwakilan dan pemimpin UMNO pada persidangan yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 depan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas pun, Mahathir kepanasan terpaksa mendengar ucapan Najib apatah lagi proksinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz pula gagal menyerlah.

Tahun ini, Mahathir ‘lari’ terus. Maknanya Mahathir secara tidak langsung mengakui perjuangan PPBM, parti ciptaannya itu tidak akan ke mana. Menentang parti keramat UMNO adalah satu kesilapan besar pada Mahathir.

Lebih buruk lagi apabila parti berlambang bunga rayanya itu juga tidak mendapat sambutan rakyat khasnya orang Melayu. Apa lagi yang boleh dibuat melainkan ‘terbang’ ke luar negara buat seketika. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PAU 2016UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd