• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Bola Sepak Negara Mampu Mara Ke Suku AKhir

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Danyal Balagopal Abdullah optimis skuad bola sepak bawah 23 Tahun negara mampu mara ke peringkat suku akhir di temasya yang akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt di Incheon, Korea Selatan.

Meskipun diundi dalam kumpulan sukar bersama pasukan tuan rumah, Arab Saudi dan Laos dalam Kumpulan A, beliau berkata beliau yakin dengan prestasi yang dipamerkan skuad Harimau Muda A dan peluang ke suku akhir adalah masih terbuka.

“Ini adalah pasukan bawah 23 tahun yang akan berentap pada Sukan Asia. Kekuatan masing-masing seperti Korea Selatan kita masih belum tahu berbanding dengan pemain senior mereka yang telah beraksi bersama pasukan kelab ternama dalam liga Eropah.

“Saya ambil contoh skuad badminton Piala Thomas, di mana sebelum pergi ke New Delhi, rata-rata mengatakan mereka hanya boleh mara ke suku akhir tapi mereka membuktikan berjaya ke peringkat akhir.

“Bagi saya tiada apa yang boleh menghentikan mereka daripada menang di Sukan Asia. Kita pergi dengan fikiran yang terbuka,” katanya kepada pemberita ketika melawat sesi latihan pertama skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di Wisma FAM, di sini hari ini.

Menurut Danyal, sasaran ke suku akhir yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke atas skuad bola sepak negara adalah realistik dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima secara terbuka apabila bola sepak diletakkan dalam Kategori B.

Beliau berkata sasaran itu juga adalah satu perangsang kepada skuad bola sepak negara untuk membuktikan sesuatu pada temasya kali ini memandangkan mereka berada pada prestasi yang baik selepas menimba pengalaman beraksi dalam Liga NPL Queensland, Australia.

“Jangan pergi ke sana dengan perasaan rendah diri. Ini permainan untuk semua. Skuad bawah 23 tahun kita bermain sangat baik. Yang mustahak adalah disiplin. Kita lihat Korea mampu mencapai keadaan sekarang kerana pemain mereka berdisiplin menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” katanya yang yakin Ong mempunyai strategi dan perancangan terbaik untuk skuad negara.

Skuad negara bakal berdepan skuad bawah 23 tahun Yemen pada 6 Sept dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebelum bertemu skuad bawah 23 China pada 10 Sept.

Malaysia akan memulakan kempen dalam Kumpulan A bertemu Korea Selatan dalam perlawanan pertama pada 14 Sept ini, sebelum bertemu Laos dan Arab Saudi untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan.

Hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang layak ke suku akhir. Perlawanan akhir bola sepak Sukan Asia 2014 dijangka pada 3 Okt. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd