• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Taman Satelit Berisiko Tinggi Dilanda Banjir Lumpur

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penduduk kawasan perumahan Taman Satelit dekat sini serta kampung sekitarnya berisiko tinggi dilanda banjir lumpur akibat bekas perlombongan bauksit sekiranya hujan lebat berterusan sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata tinjauan pihaknya mendapati tiada tempat tadahan dan aliran air yang sempurna di kawasan bekas lombong itu.

Beliau berkata keadaan itu dikhuatiri akan menyebabkan pengaliran kuantiti air yang banyak apabila taburan hujan tinggi, sehinggakan air banjir mengalir masuk ke rumah penduduk sekitar.

“Jadi kawasan sekitar Taman Satelit ini kita perlu beri keutamaan untuk tindakan segera bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir lumpur. Ia berbeza dengan kawasan tinggalan perlombongan bauksit di Bukit Goh.

“Di Bukit Goh juga berhadapan dengan risiko sama tetapi tinggalan bauksit ini tidak akan menjejaskan kawasan penempatan dan tidak memberi ancaman kepada penduduk kerana tinggalan bauksit ini di dalam ladang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita (Perisma) negeri dengan kerjasama jabatan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Wahab berkata pihaknya akan membuat laporan bertulis mengenai kemungkinan kejadian banjir lumpur dengan mengemukakan cadangan berhubung tindakan segera yang perlu diambil, untuk diserah kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat.

“Antara cadangan tindakan segera itu adalah menyediakan kolam tadahan air yang kukuh, sistem aliran air yang sempurna supaya tidak mengalir ke kawasan penempatan, dan memberi peringatan kepada penduduk sekitar supaya mengambil langkah sepatutnya jika berlaku kejadian banjir lumpur ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata pihaknya dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim tengkujuh ini.

Beliau berkata aset jabatan itu telahpun diselenggara dan diuji bagi memastikan segala operasi menyelamat ketika banjir berjalan dengan lancar serta berkesan. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Abdul Wahab Mat Yasin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd