• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Juta Jagung Dibekalkan Di MAHA 2016

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Sebanyak 2.5 juta tongkol jagung varieti 316 dan 351 dari ladang-ladang di negeri ini, akan dibekalkan untuk Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2016.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata jagung-jagung itu diperoleh dari Kuala Pilah, Rembau serta Jempol, dan akan dijual di MAHA 2016 yang akan berlangsung 11 hari bermula Khamis ini.

“Tahun ini kita menjadikan jagung sebagai tarikan jualan pada MAHA, di mana pengunjung boleh membeli jagung Taiwan Super Sweet 316, yang mempunyai kadar kemanisan 17.8 mengikut index Brix, pada harga RM10 untuk 12 tongkol.

“Selain jagung terus dari ladang, produk hasil jagung seperti air jagung, jagung kukus serta bingka jagung yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records, akan dipamerkan di sana,” katanya kepada pemberita selepas Program Penuaian Simbolik 2.5 juta Tongkol Jagung ke MAHA 2016, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Bahagian Pembangunan Usahawan) Ab Razak Ab Majid dan Pengarah FAMA negeri Muslim Manja.

Beliau berkata jagung menjadi pilihan kerana FAMA ingin memperkenal potensi tanaman itu kepada usahawan tani, terutama petani muda, selain membawa hasil tanaman yang segar terus dari ladang untuk pengunjung.

“Negeri Sembilan dekat dengan Lembah Klang, jadi kesegaran jagung dapat dirasai, misalnya hari ini dituai, esok dah boleh dibeli di MAHA.

“Jagung yang ditanam di sini pun tidak menggunakan racun sebaliknya baja tahi ayam yang dicairkan,” katanya.

Ahmad berkata pada kali ini, tiga juta tongkol jagung akan dijual di MAHA dengan bekalan jagung turut diperoleh dari Selangor sebanyak 100,000 tongkol, manakala Kedah dan Terengganu masing-masing 200,000 tongkol. – BERNAMA

Tags: jagungMAHA 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasar Pengeluaran 600,000 Tan Jagung Makanan Ternakan

11/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia menyasar mengeluarkan 600,000 metrik tan jagung bijirin untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun lagi, sekali...

PBB Jual ‘Jagung Donald Trump’ Depan Pusat Undi

09/05/2018
0

SEORANG penjual jagung boleh diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air apabila mengambil kesempatan menjual barang perniagaannya di hadapan pusat mengundi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd