• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Empower Disyaki Terima Dana Tajaan George Soros

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang diserbu semalam disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu yang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah menemui bukti dan merampas beberapa dokumen untuk siasatan lanjut.

“Polis sedang mengumpulkan maklumat dan setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, kami akan menahan beberapa individu lagi dalam tempoh terdekat ini.

“Saya menasihatkan semua agar berhati-hati sekiranya berurusan dengan pihak luar kerana polis masih memantau beberapa NGO yang lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki KLX250 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Berhad kepada Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Laman sesawang DC Leaks mendakwa Soros membiayai kumpulan pendesak dan badan bukan kerajaan dalam usahanya untuk mempengaruhi pilihan raya Malaysia.

Menyentuh mengenai pembebasan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah semalam, Khalid berkata: “Kami membebaskan Maria walaupun belum sampai 28 hari kerana perkara yang diperlukan untuk siasatan telah diselesaikan dan tiada sebab untuk menahan beliau dengan lebih lama lagi,” katanya.

Beliau berkata polis telah mengambil keputusan bagi membebaskan Maria namun siasatan masih diteruskan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Maria ditahan 18 November lepas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, polis juga sedang menyiasat Maria di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan yang telah dilakukan. – BERNAMA

Tags: BersihEmpowerGeorge SorosMaria Chin AbdullahNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 Mei ini untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman tiga badan bukan...

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd