• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Kongsi Detik Cemas RM19K Ditiup Angin

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG warga emas melalui detik cemas apabila wang bernilai 30,000 Yuan (RM 19,424) diterbangkan angin dalam perjalanan ke bank di Dongtai, wilayah Jiangsu, timur China.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Yang Jiawang kepada sebuah laman berita tempatan negara itu, dia meminjam wang berkenaan daripada sanak-saudaranya untuk membolehkannya membeli sebuah rumah untuk cucunya.

Difahamkan semasa kejadian, Jiawang yang menaiki motosikal telah meletakkan wang berkenaan di dalam kocek baju sejuk yang dipakainya.

Namun ketika memarkir motornya di hadapan Lianyi Postal Bank, wang berkenaan terjatuh dari sakunya lalu diterbangkan angin.

Warga Emas Kongsi Detik Cemas RM19K Ditiup Angin

Warga Emas Kongsi Detik Cemas RM19K Ditiup Angin

“Cuaca hujan dan bersalji.”

“Saya menjerit ‘teruklah, wang saya diterbangkan angin’,” kata Jiawang kepada pemberita.

Tambah Jiawang lagi, not wang kertas itu diterbangkan sejauh 50 meter dan dia terpaksa berhujan untuk mengumpul kembali wang berkenaan.

Walau bagaimanapun, atas bantuan beberapa pejalan kaki dan kakitangan bank berkenaan, mereka berjaya mengumpulkan kembali 300 keping not wang kertas milik Jiawang.

Malah kakitangan bank turut membantu Jiawang mengeringkan wang tersebut sebelum memasukkan wang itu ke mesin deposit tunai (CDM) bank berkenaan bagi meneruskan proses pembelian rumah untuk cucunya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anginWangwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd