• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Harap Dapat Lahirkan Lebih Ramai Peninju

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berharap dapat melahirkan lebih ramai lagi peninju, terutama peninju wanita, dalam kalangan anak-anak peneroka, melalui penubuhan Akademi Tinju Tan Sri Isa (Felda).

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd Isa Abdul Samad berkata melalui penubuhan Akademi Tinju Tan Sri Isa (Felda), ia dapat membantu negara mencari pelapis dalam sukan tinju.

“Saya melihat ramai anak muda Felda yang berminat dalam sukan tinju ini. Sejak tiga tahun lalu kita telah cuba kembangkan (sukan tinju) dari semasa ke semasa dan diharap melalui penubuhan akademi ini, ia dapat menjadi pusat melatih peninju di kalangan warga Felda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda di sini, malam tadi.

Dalam majlis itu, Mohd Isa turut merasmikan bangunan Akademi Tinju Tan Sri Isa (Felda) di Serting Hilir dekat sini, yang merupakan pusat latihan peninju yang pertama di gugusan Felda.

Mohd Isa berharap melalui penubuhan akademi itu, peninju wanita Felda dapat juga dilahirkan sehingga terbentuk sebuah pasukan tinju yang mampu mewakili negara.

Sementara itu, Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda yang berlangsung selama lima hari bermula Khamis lepas, menyaksikan 43 peserta termasuk tiga peserta wanita dari lapan wilayah Felda mengambil bahagian dalam tujuh kategori yang dipertandingkan.

Dalam kejohanan itu, Felda Wilayah Kuantan dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik apabila muncul sebagai pengutip pingat terbanyak sepanjang kejohanan dan membawa pulang Piala Pusingan. – BERNAMA

Tags: Feldapeninju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd