• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah RM75,000, Tahan Seorang Suspek

oleh AK-47
28/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3.2kilogram dadah yang disyaki heroin bernilai RM75,000 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Baru Thye Seng, Kuala Ketil malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di rumah dan kenderaan lori jenis Isuzu berwarna putih itu membawa kepada penemuan dua bungkusan yang dipercayai heroin di tempat duduk belakang kenderaan itu pada kira-kira 12.15 tengah malam.

“Suspek berusia 30 tahun itu sendiri yang membawa polis ke kenderaan tersebut dan menyaksikan pemeriksaan yang dilakukan.

Dadah tersebut dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam yang mengandungi surat khabar dengan di dalamnya terdapat bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan berwarna putih yang disyaki heroin,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Asri berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori kilang itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman seminggu bagi membantu siasatan.

“Kami percaya, suspek masih baru dalam kegiatan ini memandangkan tiada rekod lampau malah dia dalam keadaan terkejut ketika polis membuat serbuan di rumahnya. Saringan awal ujian air kencing juga didapati negatif.

Asri berkata siasatan awal juga mendapati suspek mendapat bekalan dari Pulau Pinang untuk edaran di kawasan utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya.

Nilai rampasan tersebut adalah kedua terbesar di negeri ini bagi tahun 2016 selepas rampasan di Langkawi yang dilakukan awal tahun ini. – BERNAMA

Tags: dadahheroin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd