• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awie Enggan Sertai Muzik-Muzik Sebab Juri Tak Telus, Katanya

oleh AK-47
16/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Penyanyi Awie menjelaskan keengganannya menyertai separuh akhir Muzik-Muzik ke-29 (MM29) walaupun lagunya dicalonkan kerana tidak percaya dengan proses penghakiman yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, berdasarkan pengamatannya, kebanyakan program berunsur pertandingan nyanyian sering dipolitikkan manakala mereka yang menang dipilih berdasarkan pilih kasih.

“Saya tidak suka dengan keadaan apabila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan memberi wajah terkejut, wajah yang memberi erti ‘betul ke dia menang?

“Keadaan itu juga membuatkan si pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tidak mahu sertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu dipolitikkan,” katanya kepada mStar Online.

Lagu Cinta Makrifat ciptaan sepenuhnya Eirma Fatima telah dicalonkan dalam MM29 dan akan bersaing pada 28 November ini (bahagian ketiga).

Ia bakal berentap dengan lapan lagu lain iaitu nyanyian Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Indah Ruhaila (Percayalah), Alyah (Sesal Separuh Nyawa) serta Joe Flizzow dan Sona One (Apa Khabar).

Turut bertanding ialah Mawi dan Datuk AC Mizal (Al Haq Yang Satu), Yuna (Lelaki) dan Forteen (Tak Pernah Berjumpa).

Secara keseluruhannya, sebanyak 30 buah lagu yang akan ke peringkat separuh akhir MM29 sebelum berentap ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang dijadualkan pada Januari 2015.

Memandangkan Awie dan Erra tidak terlibat, penyanyi Marsha dan vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie akan mengambil alih membawakan lagu tersebut.

Sementara itu tambah Awie, keengganannya menyertai rancangan itu bukan kerana dia takut tewas dengan pesaing-pesaingnya yang terdiri daripada penyanyi muda.

“Sudah lama saya berada dalam industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan bukan juga kerana mahu menjaga reputasi.

“Tetapi cukuplah jika saya sekadar menjadi penyokong dari belakang. Saya mahu lihat industri seni muzik tempatan dipenuhi orang berbakat. Jika orang lama terlibat dengan pertandingan seperti ini, maka sukarlah golongan muda mahu mengembangkan bakat mereka,” tegasnya.

MSTAR ONLINE

Tags: AwieMuzik-Muzik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Peminat Kecewa Lagu Ernie Gagal Ke Separuh Akhir

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Ramai peminat Ernie Zakri kecewa apabila lagu penyanyi terbabit, Misteri, gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd