• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Pemutihan Besar-Besaran Di Flat Paya Nahu

oleh
27/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri Kedah mengambil langkah drastik menangani masalah sosial dan jenayah di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Flat Paya Nahu dekat sini menerusi program pemutihan secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, melalui program itu tumpuan utama ialah terhadap penagih dadah yang berada di situ, mereka yang mendiami rumah secara tidak sah serta membuat penyambungan elektrik dan air secara haram.

“Kita akan kenal pasti semula pemilik-pemilik rumah memandangkan ada rumah kosong yang diduduki secara tidak sah, tindakan akan diambil jika didapati ia ditukar milik atau dicerobohi.

“Kita juga akan bekerjasama dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan SADA (Syarikat Air Darul Aman) untuk mengambil tindakan sekiranya ada penghuni yang membuat penyambungan secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya, di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa meninjau kawasan perumahan Flat Paya Nahu, termasuklah rumah yang menjadi lokasi kes dera dan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Khamis lalu.

Ibu kepada mangsa itu dilaporkan tinggal bersama teman lelakinya dan dua anaknya di sebuah bilik di rumah berkenaan, bersama tiga penghuni lelaki yang lain.

Flat Paya Nahu menempatkan 8,000 isi rumah terdiri daripada dua fasa, dengan fasa pertama dibina pada 1990 manakala fasa kedua pada 2004.

Kes penderaan tragis itu, kata Ahmad Bashah, yang amat mendukacitakan semua pihak mendorong kerajaan negeri untuk memutuskan lima langkah segera untuk tindakan pihak berwajib antaranya melalui pewujudan pondok Polis tetap dengan rondaan berkala.

“Kedua, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengenal pasti keluarga yang perlu dibantu, dan ketiga, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah diminta mengadakan program peningkatan kesedaran kerohanian.

“Keempat, bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani unsur ketagihan dadah, dan kelima, penganjuran aktiviti kemasyarakatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan kesihatan kanak-kanak malang yang masih dalam proses rawatan dan pemulihan itu, Ahmad Bashah berkata, mangsa dilihat semakin pulih dan boleh tersenyum, namun orang ramai masih tidak dibenarkan melawat.

“Masih ada luka namun tiada pendarahan atau kecederaan dalaman. JKM akan menyediakan sesi kaunseling, dan hak penjagaan mungkin akan diserahkan kepada neneknya di Sungai Lalang, Sungai Petani,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahFlat Paya NahuPemutihan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerima Zakat Miliki Simpanan Ratusan Ribu, MUIP Laksana Pemutihan

Penerima Zakat Miliki Simpanan Ratusan Ribu, MUIP Laksana Pemutihan

12/08/2023
0

Kuantan : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi...

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd