• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronny Sedia Wakili Harimau Malaysia Selagi Diperlukan

oleh
27/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Pemain pertahanan Sarawak, Ronny Harun, 32, bersedia untuk terus menyumbang khidmat kepada skuad Harimau Malaysia sekiranya kudrat beliau masih ditagih pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang seterusnya.

Anak jati Sabah itu yang merupakan salah satu tonggak utama skuad kebangsaan pada kempen kali ini, menjelaskan peluang beraksi pada dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Vietnam pada 23 Nov dan tuan rumah bersama, Myanmar, semalam adalah satu pengalaman berharga yang amat bermakna untuk dirinya.

“Selagi kudrat saya masih diperlukan, saya akan terus menabur bakti untuk skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan terakhir kumpulan B menentang Myanmar, malam tadi.

Dalam pada itu, Ronny yang beraksi di posisi pertahanan tengah, kecewa kerana gagal membantu skuad kebangsaan layak ke separuh akhir setelah kalah 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan itu.

Beliau bagaimanapun memuji rakan sepasukan yang mempamerkan persembahan terbaik sejak skuad kebangsaan memulakan kempen kejohanan pada 20 November lepas.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia melengkapkan saingan pusingan awal di belakang juara Kumpulan B, Vietnam dan Myanmar yang muncul naib juara.

“Walaupun kita kalah pada perlawanan ini, saya lihat pemain menunjukkan kesungguhan di atas padang yang beri kerjasama baik…bagi saya, peluang menjaringkan gol pada perlawanan ini ada tetapi tidak disempurnakan dengan baik,” katanya yang meraih 14 penampilan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa. – BERNAMA

Tags: bola sepakHarimau MalaysiaRonny Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd