• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Dalam Pakatan Harapan Diputuskan 13 Disember

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.

“Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk PPBM diterima dalam keluarga PH.

“Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima PPBM menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam PH menjadikan empat parti iaitu PAN, DAP, PKR dan PPBM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata Tun Dr. Mahathir sendiri menyatakan bahawa PPBM tidak mahu menyertai PH sebagai ‘pakatan plus-plus’ sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.

Pada Konvensyen PH di Shah Alam 12 November lepas Dr. Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.

Sementara itu pada konvensyen itu juga Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya PPBM bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan UMNO berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd