• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Trump Sedia Kukuhkan Lagi Hubungan Malaysia-AS

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mendapat sambutan hangat dalam lawatan di China baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak score satu lagi gol dalam hubungan diplomatik antarabangsa selepas bercakap telefon dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald John Trump.

Sampai ada yang kata… hebat Najib, dia kepung habis, dari China sampai Amerika.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya sebentar tadi, Najib berkata pagi tadi beliau ‘reconnect’ dengan Donald Trump.

Mereka berdua kawan lama selepas kenal di padang golf. Trump yang menang besar pilihanraya AS baru-baru ini dijadualkan mengangkat sumpah untuk mengetuai White House pada 27 Januari depan.

Menurut Najib beliau berbual dengan Trump dan sempat berbincang mengenai ekonomi Malaysia dan AS.

“Saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan pilihanrayanya, dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara,” ujar beliau.

Najib mengenalinya ketika bermain golf di salah satu padang golf milik taikun hartanah itu.

Ketika itu Najib dalam lawatan rasmi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga pada pagi Ahad, beliau hendak bermain golf sebelum Trump yang mengetahui mengenainya datang untuk bermain sekali.

Mereka berdua dalam satu pasukan dan pasukan mereka menang.

Najib dan Trump bergambar dan gambar itu diletakkan di atas meja kerja Najib di Pejabat Perdana Menteri di Sri Perdana dengan tandatangan Trump beserta nota, ‘untuk PM kegemaran saya’.

Mereka beberapa kali berbual melalui telefon selepas itu dan terputus kerana Trump sibuk dengan kempennya untuk menjadi calon Presiden mewakili parti Republikan.

Kemenangan Trump yang menumbangkan elit politik dari parti Demokrat, Hillary Clinton menarik perhatian dunia.

Ini selepas seperti Najib, Trump juga menjadi mangsa ‘perbicaraan oleh media’ dimana kelompok tertentu yang menguasai media tidak mengemarinya tetapi rakyat memilih mereka. – Agenda Daily

Tags: Amerika SyarikatMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd