• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Semua Ubat Dikecualikan Daripada GST

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Kerajaan tidak bercadang mengecualikan semua ubat daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementerian itu telah mengenal pasti 320 sebatian kimia yang diluluskan untuk sifar kadar dalam GST, termasuk lebih 4,200 jenama ubat.

“Setakat ini, tiada rancangan untuk mengecualikan semua ubat daripada dikenakan GST… tapi kami juga akan cuba agar penggunaan kelengkapan asas perubatan bagi mengurus dan merawat pesakit turut diletakkan dalam kategori itu,” katanya selepas merasmikan Simposium Neuro Malaysia (MNS) di sini hari ini.

Beliau berkata ubat-ubatan yang tidak termasuk dalam senarai ubat-ubatan perlu, akan dikenakan GST apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.

Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas tindakan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan pada Isnin agar semua ubat tidak dikenakan cukai di bawah GST.

Sementara itu, mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz yang menyalahkan Thailand berikutan kadar jangkitan tinggi HIV di Kelantan,  Dr Subramaniam berkata Pas perlu mendidik rakyat tentang isu itu.

“Ia berkaitan pilihan individu, jadi kerajaan Kelantan yang dipimpin Pas perlu mendampingi rakyat untuk mendidik mereka, menguatkan mereka dari segi mental.

“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, sempadan akan tetap berada di situ dan terserahlah kepada orang untuk menentukan pilihan mereka… memandangkan mereka diperintah oleh Pas, mereka sepatutnya lebih baik,” katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan MNS, Dr Subramaniam berkata simposium itu bertujuan memperkenalkan dimensi baharu dalam pengurusan gangguan neuro-psikiatri, khususnya dalam bidang autisme, gangguan stres pasca-trauma, schizophrenia dan banyak lagi.

“Terapi Resonan Magnetik, satu metadologi bukan invasif yang menggunakan gelombang elektro-magnetik untuk memodulatkan gelombang otak, akan memberi manfaat kepada banyak pesakit yang mengalami keadaan neurologi dan psikiatri,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian simposium itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Kira-kira 100 doktor dari Malaysia, Amerika, Thailand dan Taiwan berpeluang menyaksikan satu pendekatan inovatif dalam merawat penyakit neuropsikatri pada simposium itu.- BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd