• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Akan Mulakan Perbarisan Perasmian PAU 2016

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan diberikan penghormatan untuk memulakan acara perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung parti, Khamis ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penghormatan itu diberikan oleh ibu pejabat sebagai penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang diterima Khairy dalam pasukan Askar Wataniah baru-baru ini.

“Mengambil sempena pentauliahan itu, kami bersepakat untuk memberikan satu perbarisan hormat yang akan diambil oleh Khairy bagi melakukan acara permulaan sebelum bermulanya acara-acara rasmi yang lain,” katanya.

“Ia adalah antara perkara baharu yang akan dilakukan pada Perhimpunan Agung kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada 26 Oktober lepas, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral, berkuat kuasa 14 Jan 2015.

Mengulas mengenai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016, Ab Rauf berkata hampir 80 peratus persiapan telah diselesaikan bagi membolehkan PWTC menerima 5,792 anggota perwakilan parti yang bakal menghadiri perhimpunan tahunan itu.

Beliau turut menganggarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan mengunjungi PWTC sepanjang perhimpunan yang akan bermula 29 November hingga 3 Disember ini. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPAU 2016UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd