• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beri Tekanan Kepada Presiden PAS – Mahfuz Omar

oleh AK-47
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan parti DAP agar tidak memberi tekanan yang kuat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kerana Abdul Hadi uzur.

Beliau berkata rakan pemimpin dalam parti DAP perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan isu itu.

Menurut Mahfuz, DAP tidak perlu memberi tekanan untuk memaksa Abdul Hadi yang sedang terganggu kesihatannya untuk tetap menghadiri Majlis Pimpinan Pusat PR.

“Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan.

“Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat),” kata beliau yang juga Ahli Parlimen (PAS-Pokok Sena) dalam satu sidang media di Parlimen hari ini menurut laporan portal Malaysiakini.

Mahfuz berkata PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat.

“Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini,” katanya lagi.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada semalam meluluskan resolusi bagi mendesa Abdul Hadi hadir ke mesyuarat berkenaan.

Menurut Lim, beliau perlu hadir bagi memastikan PR iaitu gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

“Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata Lim.

Dalam beberapa mesyuarat berkenaan Abdul Hadi dilihat kerap menghantar wakilnya sahaja sama ada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: DAPPASpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd