• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wong Kecewa Bekalan Elektrik Kerap Terputus

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh melahirkan rasa kecewa dengan kejadian bekalan elektrik terputus yang mengakibatkan bandar-bandar antara Sibu dan Kuching terpaksa bergelap selama beberapa jam malam tadi.

Beliau berkata, kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan negeri ini memiliki sumber tenaga hidro elektrik yang banyak dan ia memberi gambaran tidak baik kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke negeri ini.

“Agak mengecewakan kerana sudah beberapa kali kejadian bekalan elektrik terputus berlaku. Boleh dikatakan dari semasa ke semasa tetapi ini perlu juga kita hadapi.

“Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelak kejadian seumpama ini terus berulang pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian anugerah Belia Cemerlang Malaysia Junior Chamber International (JCI) Malaysia di sini di sini malam tadi.

Seramai 30 belia dari seluruh negara yang mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing dicalonkan untuk menerima anugerah ‘Ten Outstanding Young Malaysians Award (TOYM) 2016 di majlis itu.

Bekalan elektrik terputus apabila litar berkembar 275 Kv Oya-Selangau terpelantik sejak 6.38 petang dan mula pulih kira-kira 7.19 malam di Sibu dan secara berperingkat di kawasan-kawasan lain selepas itu.

Bagaimanapun, ia terputus lagi kira-kira 3.30 pagi tadi di bandar ini dan pulih selepas dua jam kemudian. – BERNAMA

Tags: elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

06/11/2023
0

Manusia semakin prihatin terhadap isu-isu seperti keselamatan tenaga, ketersediaan tenaga, pelepasan gas rumah hijau, dan perubahan iklim dunia. IKUTI CHANNEL...

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

30/07/2022
0

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas di musim panas iaitu dengan tidak memakai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd