• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajar Tabika Kemas Miliki Diploma Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2020, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, 70 peratus daripada hampir 11,000 tenaga pengajarnya atau dikenali sebagai Pemaju Masyarakat mempunyai diploma.

Sehubungan itu semua pengambilan baharu tenaga pengajaar Tabika Kemas diwajibkan memiliki diploma, katanya kepada pemberita selepas menutup dan penyampaian hadiah pada Hari Potensi Tabika Kemas peringkat kebangsaan di sini semalam.

Ismail Sabri berkata Pemaju Masyarakat sedia ada yang tidak mempunyai diploma akan dihantar berkursus untuk mendapatkan diploma dan sehingga kini, 4,000 orang sudah berbuat demikian.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat pemilikan diploma, Kemas akan menjalin kerjasama dengan pusat pendidikan tinggi termasuk Universiti Sultan Idris dan Institut Pengajian Guru.

Beliau berkata kerajaan persekutuan berbelanja RM600 juta untuk mengurus Tabika Kemas di seluruh negara iaitu lebih RM400 juta untuk pembayaran gaji tenaga pengajar dan RM100 juta untuk penyediaan makanan murid-murid.

Kemas turut menyediakan peruntukan RM13 juta untuk membaik pulih bangunan sedia ada selain mengumpul dana RM2.5 juta menerusi sumbangan korporat bagi membaiki bangunan Tabika yang daif, katanya.

Ismail Sabri berkata tiga modul utama turut diperkenalkan untuk memperkasa murid-murid Tabika Kemas iaitu Program Penghayatan Pendidikan Islam, Pemupukan Semangat Patriotik dan Modul Keyakinan Diri. – BERNAMA

Tags: DiplomaIsmail SabriTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd