• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bukan Hub Penjualan Bayi – KPN Khalid

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan bahawa Malaysia merupakan hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan stesen televisyen Al-Jazeera.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan Al-Jazeera kelmarin.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.

“PDRM akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan yang dibuat pihak Al-Jazeera bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, polis giat menangani isu berkenaan dan ini dibuktikan dengan tindakan yang diambil Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Orang (Atipsom) D7C yang ditubuhkan pada 2008, dan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Beliau turut mengesa masyarakat supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untuk eksploitasi kanak-kanak.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya mengambil perhatian serius terhadap banyak isu-isu yang diketengahkan dalam dokumentari stesen televisyen itu.

Katanya, kementeriannya sudah memulakan siasatan khusus terhadap para doktor dan pusat penjagaan kesihatan yang dilaporkan dalam program tersebut.

“Bergantung kepada hasil siasatan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap doktor dan pusat penjagaan kesihatan yang terbabit,’ katanya dalam kenyataan.

Dr Subramaniam berkata semula pengamal perubatan dijangka pada setiap masa mematuhi standard tingkah laku masing-masing selaras dengan maruah profesion tersebut. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarKPNpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd